Sabtu, 19 November 2011

TANDUS MODAL ... TANDUSLAH JUA ARAHTUJU PERJUANGAN!


Ketua Penerangan Pemuda Pas, Riduan Mohd Noor yang khabarnya mahu mengadakan himpunan Bersih 3.0 sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) memulihkan sistem pilihan raya umum (PRU) sememangnya menggambarkan rasa gentar di hati mereka, memandangkan rakyat kini mula beralih arah dan menyokong kerajaan.

Maaf cakaplah tapi hakikatnya setakat inilah sahaja mutu seorang ketua penerangan yang bukan sahaja buta fakta malah gagal atau degil untuk memahami realiti bahawa keanggotaan PSC bukan hanya dibolot pemerintah, bahkan turut dianggotai wakil daripada pembangkang supaya setiap keputusan diputuskan dengan adil dan tidak membelakangkan mana-mana pihak.

NAMPAKNYA SIKAP BELIAU JELAS MENJADI ISYARAT BAHAWA MENJELANG UFUK PRU13, PEMBANGKANG KINI BUKAN SAHAJA  KESUNTUKAN MASA MALAH KETANDUSAN MODAL TERMASUKLAH MODAL KEMPEN ...

ANDA SEMUA BERSETUJU ATAUPUN TIDAK DENGAN PENDEDAHAN KEPINCANGAN INI ...

APA KATA KITA MATIKAN SAHAJA LANGKAH SUMBANG BOLA TANGGUNG INI ...

Khamis, 17 November 2011

SENYAP ITU KEEMASAN?

Khabarnya cabaran Jaringan Melayu Malaysia (JMM) tempohari agar Ketua Pembangkang DSAI, Datuk S. Ambiga  dan aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir agar menyatakan pendirian samada mereka akan membenarkan ataupun tidak budaya lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) wujud di sekolah pada masa depan, masih belum lagi terjawab.

KATA ORANG, DIAM-DIAM UBI BERISI AKAN TETAPI DIAM-DIAM YANG SEUMPAMANYA MENGGAMBARKAN KEBENAKAN FIKIRAN YANG TERLAMPAU ...

BAGAIMANA SITUASI BEGINI BOLEH TERJADI?

MARI KITA BONGKAR ...

BONGKAR JANGAN TAK BONGKAR!!!